Universiti Industri Selangor

Home News & Announcements Program menggalakkan pelajar SPM (Lepasan Agama) dan STAM menyertai program akademik di UNISEL
PDF Print
Program Menggalakkan Pelajar SPM (Lepasan Agama) dan STAM Menyertai Program Akademik di UNISEL
Tujuan: Mendapatkan 1,500 pelajar lepasan SPM (Agama) dan STAM menyertai program pengajian di UNISEL.

S1: Latar belakang UNISEL?
  • UNISEL adalah sebuah universiti penuh
  • UNISEL dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor
  • UNISEL ada dua kampus; di Bestari Jaya dan Shah Alam
  • UNISEL ada 12,000 pelajar.
  • UNISEL bercadang membina lagi beberapa kampus di Malaysia dan luar negara.
S2: Pelajar UNISEL?
  • UNISEL terbuka kepada semua pelajar Malaysia dan Antarabangsa.
  • UNISEL bukan untuk pelajar dari negeri Selangor sahaja.
S3: Foundation, Diploma, Ijazah, Master dan PhD?
  • UNISEL menawarkan kelima-lima peringkat pengajian ini; dari Foundation sehingga PhD.
  • UNISEL menawarkan lebih 80 program akademik.
  • Lepasan SPM dan SPM (Agama) boleh mengikuti program Foundation atau Diploma.
  • Pengajian Foundation selama satu tahun. Dan lepasan Foundation boleh  memasuki pengajian Diploma atau terus ke program-program Bachelor (Ijazah) yang terdapat di UNISEL.
  • Pengajian Diploma selama 3 tahun. Dan lepasan Diploma boleh memasuki berbagai program Bachelor (Ijazah) di UNISEL. Lepasan Diploma diberikan beberapa pengecualian kursus pada peringkat Bachelor (Ijazah).
S4: Permohonan?
  • Untuk memohon memasuki UNISEL sila buat permohonan secara online melalui laman web UNISEL www.unisel.edu.my atau terus klik di sini.
  • Permohonan juga boleh terus dibuat di kedua-dua kampus UNISEL.
S5: PTPTN dan bantuan kewangan?
  • Pelajar Foundation tidak boleh mendapat bantuan kewangan daripada PTPTN
  • Pelajar Diploma dan Ijazah boleh memohon PTPTN
  • Majoriti pelajar Malaysia di UNISEL dibiayai oleh PTPTN
  • Ada juga pelajar mendapat bantuan Lembaga Zakat, Kerajaan-Kerajaan Negeri, MARA
S6: Pelajar lepasan SPM (AGAMA)?
  • Lepasan SPM, sama ada sekolah biasa atau agama boleh memohon ke program Foundation atau Diploma UNISEL.
  • Untuk memohon ke program Foundation, perlukan 5 kredit.
  • Untuk memohon ke program Diploma, perlukan 3 kredit.
S7: Matapelajaran wajib SPM (Agama)
  • Pelajar aliran agama mengambil mata pelajaran wajib dan pilihan
      • Kredit untuk kedua-dua mata pelajaran wajib dan pilihan, dikira untuk mengikuti program di UNISEL.
      • Kebanyakan pelajar lepasan SPM (Agama) boleh menyertai program berasaskan sastera, pengurusan atau IT (Teknologi Maklumat).
      • Untuk menyertai program kejuruteraan pemohon perlu ada Matematik Tambahan dan subjek Sains.
      S8: Penggunaan English?
      • Kursus di UNISEL diajar dalam bahasa Inggeris.
      • UNISEL menyediakan program khas untuk subjek pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris dan Asas Matematik kepada pelajar sekolah agama sambil mereka menunggu keputusan SPM (Agama) mereka
      • Program pemantapan Bahasa Inggeris dan Asas Matematik ini dipanggil "SUPER T"
      S9: Program SUPER T?
      • "SUPER T" adalah ringkasan daripada perkataan "SAR UNISEL Preparatory Education Refresher Team"
      • UNISEL akan mengadakan kursus-kursus asas percakapan dan penulisan Inggeris, dan asas matematik kepada peserta program ini.
      • Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar sekolah agama yang menunggu keputusan SPM (Agama)
      • Jangkamasa program - Anggaran 2 bulan setengah; Januari hingga pertengahan Mac.
      • Program ini akan diadakan di tiga negeri (Pada peringkat awal); iaitu Kelantan, Kedah dan Selangor.
      • Di setiap negeri ada 5 hingga 10 kelas. Dan di dalam setiap kelas ada 30 orang pelajar.
      • UNISEL akan menyediakan Instruktor dan Fasilitator secara percuma, manakala makan dan tempat tinggal di bayar oleh peserta program atau penganjur mereka.
      • Peserta program ini tidak terikat kepada UNISEL.
      sebarang maklumat tambahan sila hubungi: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
       
      studentportal


      accreditation
      bptp
      eresiden
      How to apply
      Interested?. Click here to get more information on how to apply.
      PTPTN Online Application.
      Click Here to apply

      selangor
      Universiti Industri Selangor
      Shah Alam Campus (KPT/JPS/DFT/US/B06)
      Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7, 40000
      Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
      Tel : 603-5522 3400 Faks : 603-5522 3551
      Bestari Jaya Campus (KPT/JPS/DFT/US/B18)
      Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya
      Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

      Tel : 603-3289 7336 Faks : 603-3289 7335
      tenyears pict