Page 11 - KECEMERLANGAN
P. 11

SEJARAH PENUBUHAN

Universiti Selangor (UNISEL) yang dahulunya dikenali dengan Universiti Industri Selangor telah ditubuhkan pada 23 Ogos
1999. UNISEL beroperasi di dua kampus iaitu di kampus induk berkeluasan 1000 ekar di Bestari Jaya, Kuala Selangor dan
kampus bandar Seksyen 7, Shah Alam.

Penubuhan UNISEL juga seiring dengan hasrat kerajaan negeri sekarang untuk menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan
serantau yang terunggul. Selangor perlu memainkan peranan lebih aktif dalam penawaran program pengajian pendidikan
tinggi bagi meningkatkan pembangunan modal insan yang cemerlang. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)
ketujuh di Malaysia, UNISEL memiliki keunikan tersendiri kerana ia adalah universiti milik penuh kerajaan negeri selangor
yang pertama di Malaysia.

UNISEL menerima kumpulan pelajar pertamanya pada 9 September 1999 (9.9.1999). Pada peringkat awal, UNISEL hanya
mempunyai tiga program pengajian sahaja. Pada akhir tahun 2011, sebanyak 89 program pengajian meliputi hampir kesemua
aspek disiplin keilmuwan diperkenalkan. Bermula dengan hanya tiga program pengajian sahaja. Semua program tersebut
telah mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pengiktirafan badan profesional yang berkaitan.

Perkembangan UNISEL juga dapat dilihat dari fizikal kampusnya yang disasar akan menjadi salah sebuah kampus termoden di
Asia Tenggara. UNISEL bermula dengan kampus bandar di Seksyen 7, Shah Alam. Kampus ini hanya boleh menampung 5,000
orang pelajar. Kampus induk UNISEL di Bestari Jaya yang siap pada tahun 2005 disasarkan mampu menampung lebih
daripada 8,000 orang pelajar.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16