Iklan Kekosongan Jawatan Pembantu Khidmat Pelanggan (Skim Khidmat Pelajar)

Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia dengan kerjasama Pejabat Pemasaran dan Kemasukan kini dalam proses bagi menjayakan pelakasanaan bagi penambahbaikan khidmat pelanggan di Unisel. Sehubungan dengan itu, siswa/siswi yang berminat adalah dijemput untuk sama-sama menjayakan
pelaksanaan skim ini.

Kelayakan :
-

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
-
a.
Warganegara Malaysia dan sedang menuntut di Unisel.
b.
Terbuka kepada semua siswa/siswi dari semester 2 ke atas yang memiliki CGPA 2.50 ke atas
c.
Keutamaan kepada pelajar yang kurang berkemampuan
d.
Pemohon mestilah  mempunyai  perwatakan  menarik  dan  mempunyai kemahiran berkomunikasi yang
berkesan.
e.
Pemohon tidak terlibat daripada mana-mana tindakan tatatertib atau sabitan atau dakwaan kegiatan
jenayah
f.
Pemohon  yang  mempunyai  pengalaman  di  dalam  bidang  perkhidmatan  pelanggan  adalah  diberi
keutamaan
-
Syarat-syarat tambahan :
-
1.
Pemohon  mestilah  berminat  dan  mampu  memberi  sepenuh  komitmen  tanpa  mengganggu  waktu
kuliah semester.
2.
Mempunyai  kemahiran  bertutur  dalam  Bahasa  Melayu  dan  Bahasa  Inggeris  dengan  baik.  Namun,
kemahiran dalam bahasa lain adalah satu kelebihan.
-
Bidang tugas :
-
1.
Bertugas sebagai perantara antara Unisel dengan bakal pelanggan dan pelanggan.
2.
Perantara  sumber  maklumat  kepada  Unisel  berkaitan  lokasi  pejabat, program  yang  ditawarkan  dan
kemudahan-kemudahan yang dimiliki.
3.
Menjadi ‘one stop centre information’ kepada Unisel
-
Cara memohon :
-
1.
Pemohon  yang  berminat  boleh  memuat turun  borang  permohonan  di bawah dan  dihantar ke alamat email Unit Perjawatan & Perkhidmatan Sokongan, Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia iaitu
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
2.
Subjek / Tajuk email adalah Permohonan SKP Pembantu Khidmat Pelanggan


Tarikh tutup permohonan :
-
Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 31 Mei 2012 (Khamis).


Maklumat am :
-
1.
Lokasi  bertugas  adalah  di  lobi  utama  canseleri  kampus  Unisel  Bestari  Jaya  &  Shah  Alam –di Kaunter
Khidmat Pelanggan

2.
Pengisian jawatan adalah tertakluk kepada kesesuaian calon serta juga perakuan oleh Panel Temuduga
3.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga
4.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas daripada tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA

 


SILA KLIK UNTUK MUAT
TURUN BORANG
PERMOHONAN JAWATAN SKP

 
© copyright 2011 Unisel - Universiti Selangor