| Bagi pihak UNISEL, kami ingin memaklumkan perkara-perkara terkini berkenaan pertikaian antara UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd (Jana Niaga) seperti berikut:
1.
|
Seperti yang dipersetujui pada 24.7.2012 di antara UNISEL dan Jana Niaga, Jana Niaga akan beroperasi seperti biasa untuk membuka pejabat Residen Komuniti Siswa bagi tujuan perlaksanaan pendaftaran dan memberi akses kepada pelajar baru pada 28.7.2012 dan 29.7.2012, dan pelajar lama pada 1.8.2012 sehingga 3.8.2012 dan disambung pada 7.8.2012 |
| - |
|
2.
|
Pendaftaran pelajar-pelajar seperti yang dipersetujui telah dilaksanakan sepenuhnya dengan secara lancar oleh pihak Jana Niaga melalui pekerja-pekerjanya yang bertugas di pejabat Residen Komuniti Siswa pada 28.7.2012, 1.8.2012 dan 2.8.2012. Namun demikian, pada pagi 3.8.2012, tiada pekerja-pekerja Jana Niaga hadir bertugas di pejabat Residen Komuniti Siswa tersebut di mana lebih kurang 200 mahasiswa-mahasiswi bersama ahli keluarga mereka telah terjejas tanpa tempat penginapan. |
| - |
|
3.
|
Walaupun UNISEL telah berkali-kali meminta Jana Niaga untuk membuka semula pejabat Residen Komuniti Siswa tersebut dan/atau menyerahkan kunci-kunci kepadanya untuk mahasiswa-mahasiswi akses ke bilik-bilik mereka, Jana Niaga telah abai dan enggan berbuat demikian setakat pada 16.8.2012. |
| - |
|
4.
|
Dalam itu, UNISEL melalui peguamcara telah memfailkan pada 16.8.2012 satu tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Saman Pemula No.24 NCVC-2159-08/2012 untuk memohon satu perintah bagi membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa, dan selanjutnya atau secara alternative, menyerahkan kunci-kunci asrama tersebut kepada UNISEL. Mahkamah telah menetapkan permohonan tersebut untuk pendengaran pada 17.8.2012. |
| - |
|
5.
|
Pada 17.8.2012, atas permohonan UNISEL, pendengaran telah diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di hadapan Yang Arif Datin Zabariah binti Mohd Yusof. Pihak Jana Niaga melalui peguamnya telah bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa tersebut bermula daripada 23.8.2012 seperti biasa. |
| - |
|
6.
|
Memandangkan UNISEL telah memfailkan Saman Pemulanya dan Jana Niaga juga telah memfailkan tindakannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Guaman Sivil no. 22NCVC-1008-08/2012, peguam kami dan peguam Jana Niaga akan memulakan perbincangan dengan tegasnya tanpa prejudis untuk cuba menyelesaikan pertikaian di antara kedua-dia pihak demi kepentingan mahasiswa-mahasiswi UNISEL. |
|