Iklan Jawatan Kenaikan Pangkat Bahagian Keselamatan tahun 2012

Staf UNISEL yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan seperti berikut:

Kekosongan Jawatan :
• Pembantu Keselamatan Kanan (Gred KP 22)
• Pengawal Keselamatan Kanan  (Gred KP 14)
Syarat-syarat Umum :
Syarat umum kelayakan untuk memohon jawatan di atas adalah seperti berikut :

a) Disahkan dalam jawatan;

b) Telah berkhidmat di Unisel sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di UNISEL dan tiga (3) tahun di luar UNISEL dalam bidang berkaitan atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun telah berkhidmat di UNSIEL dalam bidang yang berkaitan;

c) Mencapai markah purata Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tidak kurang dari 80% bagi tiga (3) tahun terakhir;

d) Bebas daripada hukuman tatatertib;

e) Umur tidak melebihi umur bersara iaitu 56 tahun (atau sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum umur bersara)

f) Diperakukan dan disokong oleh Ketua Jabatan / Pegawai Penilai Pertama (PPP)/Pegawai yang paling hampir menyelia pemohon.
Syarat-syarat khusus (Jawatan Pembantu Keselamatan Kanan  Gred KP22 :
1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan selain  memenuhi syarat-syarat umum di atas.
Syarat-syarat khusus (Jawatan Pengawal Keselamatan  Kanan  Gred KP14 :
1. Mempunyai Sijil Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan selain memenuhi syarat-syarat umum di atas.
Cara Memohon :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Kenaikan Pangkat yang boleh diperolehi di Pejabat Pentadbiran dan Sumber Manusia (Unit Perundangan & Kenaikan Pangkat) atau boleh juga muat turun melalui laman web universiti seperti berikut : http://www.unisel.edu.my/staff/download-staff/84.html

2. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dihantar ke Pejabat Pentadbiran dan Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan seperti berikut :-

Pengurus Besar
Pejabat Petadbiran & Sumber Manusia
Kampus Bestari Jaya
Jalan Timur Tambahan
45600 Bestari Jaya
Selangor
[U/P : Urusetia, Unit Perundangan & Kenaikan Pangkat]   

Tel : 03-32805052 / 5053 (Puan Irma)
Maklumat Am :
1. Staf yang memenuhi syarat dan kelayakan di atas sahaja yang  akan disenarai pendek.
2. Pengisian jawatan adalah tertakluk kepada kesesuaian calon serta  perakuan oleh Jawatankuasa Penilai (Kenaikan Pangkat).
Tarikh Tutup :
Tarikh akhir permohonan adalah pada 28 September 2012.

 

 
© copyright 2011 Unisel - Universiti Selangor