Kesemua pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) bagi pengambilan Mei di kedua-dua kampus telah melafazkan ikrar pelajar sebelum memulakan pengajian masing-masing bermula Isnin depan.

Bacaan ikrar di lafazkannya dengan penuh bersemangat sambil diikuti oleh para pelajar lain. Majlis Pengenalan Pengurusan Kanan dan Ikrar Pelajar Baru itu disempurnakan oleh Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad.

Majlis berkenaan diadakan sempena program orientasi kepada para pelajar baru yang bermula sejak 24hb Mei (Sabtu) lalu dan berakhir pada 28hb Mei 2014. Sepanjang program tersebut, para pelajar diberi taklimat sebagai persediaan sebelum memulakan pengajian bagi kursus masing-masing.

Malah program berkenaan juga bertujuan untuk membolehkan para pelajar berkenalan antara satu sama lain. Prof Dr. Anuar mengingatkan kesemua pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh sepanjang menuntut di Unisel.

Menurutnya, para pelajar perlu mengambil peluang keemasan tersebut demi memastikan dapat mencapai cita-cita dengan menamatkan pengajian dengan cemerlang. “Jangan hampakan harapan ibu bapa dan juga tenaga pengajar maka perlu belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Kesemua pelajar tersebut mendaftar Sabtu lalu bagi kursus-kursus yang ditawarkan di lapan fakulti yang terdapat di Shah Alam serta Bestari Jaya.

 

JoomShaper