5 Januari 2011 - Seminar Antarabangsa Mengenai Model Pendidikan Gulen

SHAH ALAM – Universiti Industri Selangor, UNISEL menerusi Fakulti Komunikasi dan Media bersama-sama dengan Malaysian Turkish Dialogue Society akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Mengenai Model Pendidikan Gulen yang diadakan pada Khamis iaitu 6 Januari ini bertempat di Unisel kampus Shah Alam.

Seminar setengah hari akan dihadiri oleh penceramah Dr Ali Unsal dari Universiti Islam Negeri, Jakarta. Beliau mengenerima Phd dalam bidang teologi Islam dari Universiti Selcuk, Konya (tempat kelahiran Jalalludin Rumi), Turki.  Dr Unsal adalah presiden Persatuan Persahabatan Amerika-Turki di Fairfaz, Virginia, AS. Beliau sekarang adalah pengarah Kerusi Fethullah Gulen di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.   Dr Unsal banyak menyumbang kertas kerja mengenai teologi Islam dalam journal dan juga menulis buku.

Seorang lagi penceramah adalah intelektual tidak asing di negara kita Prof Dr Wan Mohd Nor yang merupakan anak didik Prof Dr Syed Naquib al Attas. Salah seorang pengasas dan timbalan Pengarah ISTAC. Kini sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.  Selain menyumbang artikel dan membentangkan kertas kerja di peringkat tempatan dan antarabangsa, beliau juga menghasilkan buku antaranya yang terkenal ialah The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al Attas, The Concept of Knowledge in Islam: Its Implication for Education in a Developing Country dan Pembangunan di Malaysia: Ke arah Satu Kefahaman Baru yang lebih Sempurna.

Adalah wajar jika kita dapat memanfaatkan kebijakan konsep dan strategi pendidikan Gulen yang mengembangkan dakwah Islamiah ke serata dunia. Mungkin kita dapat menggunakan model pendidikan Gulen untuk kemanfaatan dakwah Islam dalam negara kita yang berbilang kaum ini. Ends.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Puan Azura Mohd Awal di talian 0355223552 di Fakulti Komunikasi dan Media, Unisel.

 
© copyright 2011 Unisel - Universiti Selangor