7 April 2011 - Seminar Antarabangsa "Media dan Nilai Moral"

SHAH ALAM – Universiti Industri Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Komunikasi dan Media menganjurkan Seminar Antarabangsa kali ke-2“Media dan Nilai Moral” pada 07 April 2011, Khamis, jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang bertempat di Lecture Theatre 2, Tingkat 4, UNISEL Shah Alam.

Seminar kali ke-2 ini adalah rentetan kejayaan Seminar Antarabangsa pertama yang telah dianjurkan oleh fakulti Komunikasi dan Media pada 8 Januari yang lalu bertajuk “Gulen Model of Education”.  Seminar ini telah berjalan dengan jayanya dihadiri oleh hampir 150 peserta yang diantaranya datang dari Germany, Turki, Turkmenistan, Pakistan, Kyrgyzstan, South Africa dan Malaysia. Selain dari menarik minat terhadap satu model pendidikan yang boleh menjadi contoh, seminar tersebut juga telah dapat mempertingkat jalinan hubungan di antara peserta dan memperkenalkan lagi UNISEL di masyarakat luar termasuk di peringkat antarabangsa

Seminar Antarabangsa kali-2 ini akan dihadiri oleh tiga ahli panel terkemuka yang dijemput khas iaitu :

1
.
Dr. Radhi H. Al-Mabuk
Assoc. Prof. of Education
University of Northern Iowa
2 . Dr. Jon Pahl
Adjunct Professor of Religion
Temple University, Philadelphia
3 .
Mr. Hakan Yesilova
Editor, Fountain Magazine, New Jersey


1.
Dr. Radhi yang bertugas di University of Northern Iowa ialah Asso. Prof of Education, Educational Psychology and Foundations. Dr. Radhi telah menjalankan banyak penyelidikan, membentang kertas kerja di peringkat antarabangsa, dan menghasilkan banyak penulisan termasuk buku dan artikel jurnal.

1.
Adjunct Prof. Dr. Jon Pahl yang bertugas di Temple University, ialah Professor of History of Christianity in North America.  Beliau juga adalah Pengarah Program Sarjana di Lutheran Theological Seminary di Philadeplhia.  Prof. Dr. Jon telah menulis beberapa buku dan menghasilkan beratus makalah serta kertas kerja.  Hasil dari sumbangan tersebut beliau telah beberapa kali menerima anugerah di antaranya Affiliated Fellow; Hellenic Laurel Award for Teaching Excellence; Faculty Fellow; dan Scholar-in-Residence.

1.
Mr. Hakan Yesilova bertugas sebagai Pengarang di majalah dwi-bulanan Fountain, terbitan syarikat penerbitan The Light, Inc. New Jersey.  Majalah ini diedar di banyak Negara dan mempunyai pejabat wakil di beberapa Negara termasuk Canada, UK, Australia, Egypt dan Malaysia.  Tumpuan utama majalah ini ialah menerbitkan artikel-artikel yang kritikal dan analitikal terhadap topik-topik berkaitan agama dan sains.

Moderator bagi Seminar ini ialah Dato Rejal Arbee, Senior Fellow, Pejabat Komunikai Korporat, Universiti Kebangsaan Malaysia.  Beliau adalah wartawan terkemuka tempatan, diantaranya bekas Ketua Pengarang Malaysian Business. Menerusi Seminat Antarabangsa ini UNISEL akan dapat melahirkan satu forum dimana masyarakat universiti dan para peserta (terutama ahli akademik, para professional dan pelajar) akan dapat mendengar dan berbincang mengenai isu utama media iaitu nilai dan moral – satu isu yang menjadi semakin hangat di akhir ini.

Perkongsian maklumat dari ahli panel luar negara yang berpengalaman akan dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutama dari Fakulti Komunikasi dan Media mengenai topik utama bidang media melalui perspektif yang lebih meluas. Penyertaan yang berbagai dari dalam dan luar Negara, dari institusi-institusi akademik dan industri media akan dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang boleh memperkayakan program-program akademik terutama di bidang komunikasi.

 
© copyright 2011 Unisel - Universiti Selangor