26 - 27 Mac 2011 UNISEL kini di pentas CubPrix

Universiti Swasta pertama menyertai Kejuaraan PETRONAS AAM Malaysian CubPrix Championship 2011

Oleh: Akmal Abdul Manaf

Kangar: Berstatus menara gading tidak menghalang Universiti Selangor (UNISEL) untuk turut serta menyertai Kejuaraan PETRONAS AAM Malaysia Cub Prix Championship 2011 buat julung kalinya yang telah berlangsung di Stadium Utama Kangar, pada 26 dan 27 Mac lepas. UNISEL merupakan IPTS pertama yang mendaftar untuk kejohanan ini di dalam kategori WIRA. Kategori WIRA menjadi titik permulaan UNISEL untuk menimba pengalaman perlumbaan sebenar di pentas Cub Prix.

Walaupun tidak berpeluang memasuki pusingan akhir, pengalaman pertama menyertai Cub Prix amat bermakna bagi UNISEL dan berlumba di atas nama “UNISEL-GeMS Racing Team” atau UNISEL-GeMS. Pada hari pertama kejuaraan, dengan menggunakan motor jenama Yamaha Legenda, pelumba  UNISEL-GeMS menduduki tempat ke 11 daripada 22 pelumba lain dengan catatan masa 51:272s pada sesi latihan bebas, manakala pada sesi latihan masa, pelumba mencatatkan masa 49.882s dengan menduduki tempat ke 13 daripada 22 pelumba. Hari kedua kejuaraan menyaksikan pelumba UNISEL-GeMS menamatkan perlumbaan di tempat ke 12 daripada 22 pelumba dengan catatan masa 47.661s di dalam sesi saringan kelas WIRA A.

Pengurus pasukan UNISEL-GeMs, Profesor Madya Ir. Muhidin bin Arifin yang juga sebagai Penasihat UNISEL Racing Team berkata tujuan beliau menubuhkan UNISEL-GeMS ini adalah untuk memperkenalkan UNISEL kepada orang ramai seterusnya menjadikan UNISEL sebagai sebuah IPTS yang serba boleh di dalam semua aspek.

Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa dengan penubuhan UNISEL-GeMS ini, ahli pasukan yang terdiri daripada cantuman para pelajar dan staf Fakulti Kejuruteraan dapat mempraktikkan teori yang mereka belajar di dalam kelas secara terus. Mengakui masih ‘mentah" di arena Cub Prix, namun kami mempunyai strategi yang  tersendiri untuk menepis saingan lawan.

Tambah Muhidin, UNISEL-GeMs mendapat tajaan penuh daripada Kerajaan Negeri Selangor di bawah program Generasi Muda Selangor (GeMS) sebagai pembiayaan untuk UNISEL beraksi sebanyak 10 pusingan bagi musim ini. Beliau juga berharap agar selepas ini UNISEL-GeMS mendapat penajaan dari pihak-pihak yang sudi menaja terutamanya dari syarikat-syarikat yang membekalkan alat-alat ganti motosikal.

Beliau juga berhasrat untuk mengembangkan lagi teknologi kejuruteraan yang sedia ada selari dengan matlamat beliau iaitu ingin menjadikan UNISEL Motosport Center sebagai tempat rujukan para peminat dunia permotoran jika mesin mereka mengalami sebarang kesulitan.

Ketua mekanik, Encik Erman bin Subri berkata, beliau berharap agar UNISEL-GeMS akan terus maju di pentas cubprix dan sebagai pasukan yang masih baru, beliau akan cuba sebaik yang mungkin untuk mencari keserasian antara enjin dan motorsikal yang di gunakan. Pada beliau, menaiki podium dalam masa terdekat adalah bonus bagi pasukan UNISEL GeMS Racing Team, tetapi jika sebaliknya, beliau akan sedaya upaya memperbaiki kelemahan itu.

Selepas ini, UNISEL-GeMS akan terus bertanding dan menguji kemampuan enjin yang dibaikicipta sendiri oleh ahli teknikal UNISEL Racing Team itu pada pusingan-pusingan seterusnya.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/1.jpg

http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/2.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/3.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/4.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/5.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/6.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/7.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/8.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/9.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/10.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/11.jpg

http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/12.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/13.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/14.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/15.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/16.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/17.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/18.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/26-27-mac/19.jpg

 
© copyright 2011 Unisel - Universiti Selangor