13 - 14 Mei 2011 UNISEL-GeMS harap ‘tuah’ di Sirkit Terengganu

Pusingan akhir kategori Wira jadi idaman pada pusingan ketiga Kejuaraan CubPrix AAM di Gong Badak

Oleh: Akmal Abdul Manaf

Setelah mengharungi dua pusingan awal di Kangar dan Batu Kawan, kini UNISEL-GeMS Racing Team mengharapkan kejutan di Sirkit Kuala Terengganu pada hujung minggu ini.

Berstatus pasukan baru bagi musim 2011, sudah semestinya pengurus pasukan dan krew-krew yang lain menantikan kemenangan pada pusingan kali ini.
Dua pusingan awal yang telah dilalui UNISEL-GeMS Racing Team menjadikan mereka lebih berpengalaman dari sudut teknikal dan masa.

Pada pusingan kedua, pelumba UNISEL-GeMS Racing Team telah mencatatkan masa 1:02:909s pada sesi latihan bebas dengan menduduki tempat ke-15 daripada 20 pelumba yang lain, manakala pada sesi latihan masa pula, pelumba mencatatkan 1:01:448s dan berada pada kedudukan ke-13 daripada 20 pelumba yang lain.

Pada sesi saringan Wira B, pelumba mencatatkan masa 59:936s dan berada pada kedudukan ke-11 daripada 20 pelumba yang lain.

Pelumba UNISEL-GeMS Racing Team, Mohd Izzat Mohd Abdul Hakim berazam akan lebih laju lagi dan berkeyakinan untuk meratah litar Kuala Terengganu.

Tambah Izzat, beliau akan memastikan catatan masa beliau di Terengganu kali ini akan lebih baik berbanding di Kangar dan Batu Kawan sebelum ini.

Pengurus pasukan UNISEL-GeMS Racing Team, Profesor Madya Ir. Muhidin bin Arifin berharap agar UNISEL-GeMS Racing Team mampu melakukan keajaiban pada pusingan kali ini sekaligus menjadi pembakar semangat untuk pusingan-pusingan seterusnya.

Selain itu Muhidin berharap agar penunggang UNISEL-GeMS Racing Team Mohd Izzat Abdul Hakim akan lebih agresif di litar Terengganu demi membawa pasukan ke pusingan akhir di dalam kategori Wira.

UNISEL-GeMS Racing Team juga belum mensasarkan sebarang podium pada ketika ini memandangkan pasukan ini merupakan pasukan yang baru bertapak di pentas Cub Prix. Tujuan utama bagi musim ini adalah untuk mencuba keupayaan enjin yang di ubah suai sendiri oleh para pelajar serta kakitangan dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Selangor.

UNISEL-GeMS Racing Team akan berusaha mendapatkan kedudukan di dalam kelompok 10 terbaik. Latihan dilakukan bagi  memastikan UNISEL-GeMS Racing Team dapat memperolehi mata pada pusingan kali ini yang akan berlangsung di litar Gong Badak Kuala Terengganu pada 13 dan 14 Mei 2011.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/1.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/2.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/3.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/4.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/5.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/6.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/7.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/8.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/9.jpg
http://www.unisel.edu.my/images/stories/press-statement/cub-prix/13-14-mei/10.jpg
 
© copyright 2011 Unisel - Universiti Selangor