6 Jun 2011 - Tunas Mekar 2011 "Dulu & Kini"


SHAH ALAM - Tunas Mekar
merupakan pameran tahunan hasil tugasan pelajar-pelajar Seni Reka Grafik Digital dan Teknologi Fotografi, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Selangor (UNISEL) dengan tujuan utamanya adalah member peluang kepada pihak luar seperti pihak badan-badan korporat, guru-guru sekolah, pelajar sekolah dan ibubapa pelajar khususnya untuk melihat, mengetahui, memahami serta menilai dan menghayati hasil karya pelajar FSSR.



Tunas Mekar julung kali diadakan pada tahun 2008 di Galeri Shah Alam. Dirasmikan oleh mantan Naib Canselor UNISEL iaitu Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Razali Agus dengan kehadiran tetamu khas iaitu mantan Naib Canselor UNISEL, iaitu Prof. Dato’ Dr. Adnan Alias. Diikuti tahun 2009 dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Ir. Mohamed B. Daud (TNC Perancangan Strategik & Pembangunan, UNISEL), mewakili Y.Bhg. Prof. Dr. Anuar B. Ahmad dan pada tahun 2010 dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ A. Samad Said. Penganjuran Tunas Mekar sejak tiga tahun yang lalu telah banyak membuka mata pihak-pihak tertentu tentang kreativiti dan kemahiran yang dimiliki pelajar FSSR, UNISEL. Kini beberapa graduan FSSR yang baru sahaja dan telah menamatkan latihan praktikal ditawarkan peluang pekerjaan di beberapa agensi pengiklanan terkemuka di Kuala Lumpur.



Pada tahun ini, seramai lebih kurang 100 orang pelajar dari tiga program telah terlibat dalam Tunas  Mekar 2011 iaitu pelajar-pelajar dari Diploma Teknologi Fotografi, Diploma Seni Reka Grafik Digital dan Ijazah Sarjana (Kepujian) Muda Seni Reka Grafik Digital. Karya-karya yang dipamerkan adalah hasil dari bimbingan dan tunjuk ajar tenaga pensyarah berpengalaman yang mengajar mata pelajaran seperti History of Graphic Design, Animation, Web Design, Typhography, Product Design, Packaging, Fine Art Photography,Adverstising Photography, Portraiture and Fashion Photography dan Photo Lab Technique.

 
© copyright 2011 Unisel - Universiti Selangor