PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

86264594 2783687388373871 2474755891052675072 n - PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan konsep multicultural iaitu kepelbagaian dari segi kaum, agama, bangsa dan bahasa. Dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan serantau, perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum harus dititikberatkan. Jika dilihat daripada kesan globalisasi, ia sedikit sebanyak dapat membawa kepada kemusnahan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

85113004 2783687128373897 2067614393213911040 n - PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Oleh yang demikian, Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE), The Habibie Centre dan The Sasakawa Peace Foundation pada hari ini mengadakan Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 bagi mempromosi dan membangunkan beberapa kaedah dalam mengekalkan keamanaan dan keharmonian terutama sekali dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara

83772522 2783687351707208 3971100992077824000 n - PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, beliau menyifatkan persidangan ini sebagai satu platform terbaik dalam memperkukuhkan nilai teras dan prinsip asas berkaitan keamanan yang mana akan membantu dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan negara-negara serantau.

85068375 2783687205040556 3514918651415232512 n - PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Tambah beliau lagi, persidangan ini juga dapat membuka ruang perbincangan dalam kalangan ahli akademik dan profesional dalam usaha untuk mengkaji dasar yang membantu mengukuh dan mengekalkan masyarakat hidup berdampingan secara aman dan mengamalkan sikap toleransi dalam kepelbagaian budaya

84753322 2783687218373888 3251775174944489472 n - PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Persidangan hari pertama yang berlangsung di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam itu menampilkan beberapa panel jemputan khas antaranya Prof. Dr. Azyumardi Azra (Indonesia), Hafiz Othman (Singapura) dan Prof. Madya Numan Hayimasae (Thailand) dalam forum bertajuk “ Konsep dan Prinsip Hidup Bersama dalam Budaya Damai”.

Call Now ButtonCALL US