TIMBALAN PERDANA MENTERI RASMI PENUTUP PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

84716649 2786460618096548 4012046173736009728 n - TIMBALAN PERDANA MENTERI RASMI PENUTUP PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

YAB Dato’Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini hadir merasmikan Majlis Penutup Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di Hotel Bluewave Shah Alam.

83794164 2786460714763205 7758276911716892672 n - TIMBALAN PERDANA MENTERI RASMI PENUTUP PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Dalam ucapannya, memuji inisiatif kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) dan beberapa agensi lain seperti Institut Darul Ehsan (IDE), The Habibie Centre dan The Sasakawa Peace Foundation dalam menjayakan persidangan ini.

85200379 2786460774763199 3145659263343394816 n - TIMBALAN PERDANA MENTERI RASMI PENUTUP PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Ujar beliau lagi, persidangan ini bukan sahaja dapat membuka mata banyak pihak malah penyelidik dapat membuat kajian lapangan dalam usaha memperkasakan kerjasama setiap negara di rantau ini agar keamanan dan kesejahteraan dapat dinikmati secara bersama.

85074125 2786460828096527 2297958909547118592 n - TIMBALAN PERDANA MENTERI RASMI PENUTUP PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Hadir sama semasa majlis penutup tersebut adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL merangkap Ketua Eksekutif IDE, barisan pengurusan UNISEL, wakil daripada The Habibie Centre dan The Sasakawa Peace Foundation.

86182963 2786460934763183 5390595332742578176 n - TIMBALAN PERDANA MENTERI RASMI PENUTUP PERSIDANGAN SERANTAU HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI 2020

Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 Februari 2020 itu menyaksikan penglibatan panel dan peserta daripada pelbagai negara yang rata-ratanya merupakan negara di sekitar Asia Tenggara.

Call Now ButtonCALL US