UNISEL RAIH 2 EMAS & SATU ANUGERAH KHAS DI MTE 2020

75419007 2530912306976791 8639088547082534912 n - UNISEL RAIH 2 EMAS & SATU ANUGERAH KHAS DI MTE 2020

Skuad STEM Universiti Selangor (UNISEL) diketuai oleh Dr. Hazeeq Hazwan Azman menerima dua pingat emas di Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20-22 Februari 2020.

Dua pingat emas tersebut adalah menerusi kategori Asian Youth Innovation Award. Apa yang lebih membanggakan lagi, skuad STEM UNISEL turut meraih Anugerah Khas daripada Euro Business Haller Poland.

87072861 2808405879235355 993641207915610112 n - UNISEL RAIH 2 EMAS & SATU ANUGERAH KHAS DI MTE 2020

Dua produk yang dipertandingkan iaitu “Modul STEM Query” dan ”6 Kit Pembelajaran STEM Query” berjaya memikat hati juri pertandingan inovasi peringkat antarabangsa berprestij di Malaysia itu.

Skuad STEM membangunkan modul ini menerusi Program Mentor Mentee STEM 2019 menggunakan dana MESTECC terdiri daripada 24 orang pelajar dan 14 orang pensyarah gabungan Pusat Pengajian Asasi dan Umum, Institut Bio IT, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat dan Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Pengkomputeran.

87063087 2808405902568686 1448282475657691136 n - UNISEL RAIH 2 EMAS & SATU ANUGERAH KHAS DI MTE 2020

Kemenangan bermakna ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut buat skuda STEM UNISEL semenjak aktif menyertai pertandingan inovasi bermula 2018.

Sebelum ini, STEM UNISEL pernah menerima Anugerah Khas: Projek Paling Inovatif (MTE2018) dan Emas pada MTE2019. Semoga Skuad STEM UNISEL akan terus mengorak langkah ke persada antarabangsa dengan pengiktirafan ini.

Call Now ButtonCALL US