AGROBANK x UNISEL PHOTO CONTEST 2021

Share This Post

Satu sesi majlis penyampaian hadiah peraduan foto menerusi Agrobank serta Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, UNISEL telah diadakan di The Malaya Hall, Westin Hotel Kuala Lumpur petang tadi.

Seramai 130 orang pelajar UNISEL telah menyertai peraduan tersebut yang melibatkan empat kategori utama iaitu Farm Scenes, All About Animals, All About Crops dan Farm to Fork. Peraduan tersebut telah berlangsung selama 17 September hingga 16 November 2021 dan dinilai oleh juri profesional iaitu Rahman Roslan dari Austral Media Sdn Bhd serta Aznel Ishak dari MalaysiaKini.

Peraduan tersebut disifatkan sebagai satu platform dalam mencungkil bakat fotografi dikalangan pelajar serta memupuk nilai kreativiti individu bagi menghasilkan gambar yang berkualiti meskipun dalam keterbatasan situasi.

Dalam pada itu, turut berlangsung sesi minum petang bagi meraikan para pemenang. Turut hadir sepanjang majlis adalah Ts. Dr. Wan Azlan Bin Wan Hassan @ Wan Harun, Dekan FCVAC, En. Shahreen Rahim, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Agrobank, Pensyarah FCVAC, Ahli Majlis Agrobank serta pemenang peraduan.

Berikut merupakan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

Kategori Farm to Fork

  1. Sheikh Muhammad Nabil Mohammad Khairuddin (Juara : Hadiah wang tunai RM1000)
  2. Windi Tri Astika (Naib Juara : Hadiah wang tunai RM800)

Kategori Farm Scenes

  1. Wan Siti Khairunnisa Bt Wan Mohd Nordin (Juara : Hadiah wang tunai RM1000)
  2. Wan Siti Khairunnisa Bt Wan Mohd Nordin (Naib Juara : Hadiah wang tunai RM800)
  3. Muhammad Afif Fauzan Bin Adnan (Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai RM500)

Kategori All About Animals

  1. Mohamad Faris Aidid Bin Azni (Juara : Hadiah wang tunai RM1000)
  2. Iskandar Bin Abdul Rahim (Naib Juara : Hadiah wang tunai RM800)
  3. Azril Aziz Bin Mohamad Rashid (Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai RM500)

Kategori All About Crops

  1. Windi Tri Astika (Juara : Hadiah wang tunai RM1000)

Juara Keseluruhan

  1. Sheikh Muhammad Nabil Mohammad Khairuddin (Hadiah wang tunai RM2000)

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
18 Februari 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi