Share This Post

“Biarpun dua tahun kebelakangan ini menjadi tahun yang amat mencabar, namun begitu saya menyeru kepada semua kakitangan universiti agar kita semua dapat bangkit bersama membawa azam baharu pada tahun 2022 ini“, ujar Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya, hari ini.
 
“Mendepani cabaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, UNISEL telah mengambil pelbagai langkah proaktif agar keberadaan kita dirasai oleh pelbagai pihak terutama sekali masyarakat sekitar ,” ujar beliau.
 
Mengimbau kenangan sepanjang PKP, UNISEL berjaya menyediakan kemudahan jalur lebar bagi proses pembelajaran secara atas talian kepada pelajar dan pensyarah. Hampir 90% pengguna yang terdiri daripada pelajar berpuas hati dengan capaian tersebut dan dapat menjalani proses P&P dengan berkesan.
 
“Laman sesawang rasmi UNISEL juga menjadi tarikan pelawat baharu sepanjang pandemik yang mana telah menerima lebih 235,000 pelawat baharu sepanjang tahun 2021. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan yang terlibat dalam memastikan keberadaan UNISEL dirasai oleh semua pihak”, ujar beliau.
 
“Dalam kegembiraan meraikan kejayaan, kita turut berdukacita apabila hampir 100 orang kakitangan UNISEL terjejas akibat musibah banjir pada bulan Disember 2021. Oleh yang demikian, pihak universiti telah menyumbang hampir RM30,000 kepada mereka yang terjejas dalam musibah tersebut. Oleh itu, UNISEL turut menggerakkan lebih 2254 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar dan 258 orang kakitangan bagi Misi Bantuan Pasca Banjir ke sekitar kawasan kampus,” tambah beliau.
 
“Pada tahun baharu ini, saya yakin kita semua mampu ‘Bangkit Bersama’ untuk mendepani pelbagai cabaran yang mendatang selain menghasilkan lebih banyak kejayaan. UNISEL juga akan terus menekankan pelbagai aspek penting antaranya penjanaan melalui bidang kepakaran, penjimatan perbelanjaan, pemantapan penyelidikan dan akademik selain meningkatkan pemasaran pelajar”,
 
Tambah beliau lagi, UNISEL juga akan terus menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar seperti jaringan jalur lebar, bantuan pendidikan serta penambahbaikan fasiliti. Selain itu, UNISEL juga bakal memekarkan pembudayaan ilmu menerusi seminar selain pembangunan mahasiswa budiman untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti.
 
Dalam pada itu, proses kenaikan pangkat, pengesahan jawatan serta insentif kepada kakitangan berprestasi tinggi juga akan dijalankan sepanjang tahun ini bagi meningkat motivasi kakitangan pada tahun ini. Tambahan lagi, UNISEL akan meningkatkan lagi kualiti pensyarah selain mengadakan pelbagai program kebersamaan di semua peringkat.
 
Sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan universiti, Presiden dan Naib Canselor mengumumkan kenaikan gaji tahunan 2022 kepada staf akademik gred DS45 kebawah dan gred N44 ke bawah. Di akhir majlis, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman menyampaikan sumbangan kepada kakitangan terjejas banjir menerusi Simbolik Pemberian Bantuan Banjir 2021.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi