Senarai Program yang ditawarkan bagi biasiswa bestari

Pengambilan Ogos 2021 Kini Dibuka

Sertai Kami Sekarang bagi program diploma dan ijazah sarjana muda

Terma dan Syarat

  1. Permohonan perlu melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri yang turut serta dalam penawaran Biasiswa ini.
  2. Pemohon perlu membayar yuran kemasukan berjumlah RM100.00 sahaja.
  3. Pemohon perlu mengisi borang ini dan melampirkan salinan dokumen berikut :
    • Surat tawaran pengajian ke Universiti Selangor.
    • Pengesahan pemastautin oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.
  4. Pemohon akan menikmati:
    • Percuma yuran pengajian bernilai RM2000-RM5000 bagi satu (1) semester sahaja (bergantung jumlah subjek).
    • Penolakan Yuran Pengajian pada semester akhir bagi tahun akhir pengajian.
    • Percuma yuran kemasukan bernilai RM485.00
  5. Tawaran Biasiswa Bestari ini sah kepada:
    • Pelajar program pengajian Diploma & Sarjana Muda di UNISEL sesi kemasukan Ogos 2021 sahaja.
    • Pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/Setaraf yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri yang mengambil bahagian seperti yang dinyatakan di dalam promosi.
    • Penduduk yang bermastautin atau bersekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri yang mengambil bahagian seperti yang dinyatakan.
    • Pelajar Baharu. (Alumni & pelajar lepasan Program Asasi UNISEL tidak layak untuk tawaran ini)
  6. Pelajar perlu mengikuti pengajian sehingga tamat. Sekiranya gagal menamatkan pengajian, pelajar perlu membuat pembayaran balik semua kos.
  7. Biasiswa ini TIDAK termasuk yuran asrama.
  8. Tawaran Biasiswa Bestari tidak boleh digabungkan dalam mana-mana tawaran promosi lain oleh UNISEL.
  9. Borang yang telah lengkap diisi dan berserta lampiran perlu dihantar kepada UNIT BANTUAN KEWANGAN PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR (HEP) UNISEL.
  •  

Join now & Study

Earn your Diploma or Bachelor’s Degree with us

We offer the chance for you to specialise in today’s most exciting and dynamic fields, with career prospects to match.
Choose from a wide range of programmes, from technically-inclined fields such as engineering, information technology, health sciences and biotechnology to education, business and communication.