DANA BIASISWA BESTARI, INISIATIF BAYU DAN SKIM DERMASISWA UNISEL MENANTI PELAJAR SEPANJANG TAHUN 2021

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) mensasar untuk memperluaskan lagi Dana Biasiswa Bestari iaitu yuran pengajian percuma bagi semester pertama untuk kesemua program diploma dan ijazah sarjana muda di Kampus Bestari Jaya pada tahun hadapan.
 
Untuk rekod, UNISEL mula menawarkan Biasiswa Bestari pada kemasukan Julai dan Ogos 2020 kepada pelajar-pelajar dari sepuluh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih di sekitar negeri Selangor bagi memberi peluang kepada pelajar dalam kalangan yang kurang berkemampuan.
 
Berikutan sambutan baik para pelajar bagi kemasukan tersebut, bersempena dengan Sambutan 20 Tahun pada tahun hadapan, UNISEL bakal memperluaskan peruntukan Dana Biasiswa Bestari kepada DUN seluruh Selangor yang akan memberi manfaat kepada 56 kawasan DUN di Selangor.
 
Dengan adanya Dana Biasiswa Bestari ini, diharap ia mampu memberi sedikit kelegaan kepada keluarga serta para pelajar yang bakal mendaftar pada tahun hadapan. Ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat universiti atas keperihatinan situasi pendemik COVID-19 yang agak menekan.
 
Selaras dengan pengumuman YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari, UNISEL ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor khususnya kepada Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah mengumumkan program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) menerusi Belanjawan Selangor 2021.
 
BAYU merupakan inisiatif pelepasan yuran asas yang melibatkan pelajar UNISEL pada tahun 2021. Dengan adanya suntikan daripada kerajaan negeri yang mana peruntukkannya adalah sebanyak RM 4 juta ini dilihat dapat meringankan lagi beban kewangan pelajar dan keluarga yang ingin memasuki UNISEL.
 
Bagi maksud berikut, menerusi inisiatif BAYU ini, pihak universiti menyakini bahawa pelajar dari kategori B40 secara khususnya akan menerima manafaat yang mana setiap pelajar bakal terima suntikan hampir RM 600 untuk pengajian pada tahun hadapan bagi tujuan pembiayaan yuran asas.
 
Lebih menarik, sempena Sambutan 20 Tahun UNISEL pada tahun hadapan juga, pihak universiti akan menawarkan tempat terbuka kepada semua pelajar yang ingin mendaftar bagi Program Asas secara percuma untuk yuran pengajian di sini sepanjang tahun hadapan.
 
Empat program pengajian Asas tersebut adalah Asas Sains, Asas Teknologi Maklumat, Asas TESL dan Asas Pengurusan. Tambah menarik program Asas di UNISEL turut menawarkan pengajian Trek Huffaz kepada pelajar yang pernah mengikuti aliran tahfiz dan agama.
 
Oleh yang demikian, kepada bakal pelajar yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga UNISEL, kemasukan November 2020 masih dibuka. Maklumat lanjut, hubungi talian 03-55223400 atau WhatsApp ke 018-5714084 / 018-5714087 atau boleh layari laman sesawang kami di www.unisel.edu.my.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi