FCVAC TERUSKAN MEMBANTU RAKAN STAF DI HULU LANGAT

Share This Post

Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran (FCVAC) Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah menjalani Misi Bantuan Pasca Banjir di Hulu Langat yang melibatkan rumah keluarga salah seorang rakan staf, Nazariah Abdul Rahman yang terjejas akibat banjir.
 
Bercerita mengenai kejadian banjir yang dialami oleh keluarganya, Nazariah berkata semasa kejadian, beliau tiada di rumah kerana pada waktu itu beliau berada di Bestari Jaya.
 
“Setelah melihat cuaca yang agak tidak menentu, saya cuba menghubungi keluarga. Namun malang sekali ,saya tidak dapat menghubungi keluarga di rumah dan sebaliknya berikutan bekalan elektrik di kawasan tersebut putus selama dua hari,” ujar beliau.
 
Setelah air surut, Nazariah kemudiannya terus mengambil keputusan untuk bergegas pulang ke rumah keluarganya itu yang terletak di Hulu Langat.
 
“Meskipun sebak melihat keadaan rumah yang dikira hampir kesemua harta benda tidak dapat diselamatkan dan banyak kerosakan berlaku namun saya tetap bersyukur kerana kesemua ahli keluarga terselamat dalam musibah ini”, ujar Nazariah.
 
Menurut Nazarudin Abdul Rahman, yang merupakan abang kepada Nazariah, kebiasaanya dalam keadaan hujan lebat yang berlaku sebelum ini, tidak pernah mana-mana rumah di kawasan itu dimasuki air. Namun sebaliknya, air berjaya melepasi tembok rumahnya dan keadaan menjadi lebih parah sehingga air melepasi paras dada.
 
Misi Bantuan Banjir pada hari ini diketuai oleh En. Afendi Md Shas, Timbalan Dekan FCVAC berkata, misi bantuan pada hari ini lebih kepada aktiviti pembersihan lumpur dan pengasingan barang yang masih boleh digunakan dan pelupusan barang yang tidak lagi berfungsi.
 
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada UNISEL terutama sekali kehadiran sukarelawan FCVAC yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar bagi menggerakkan misi pembersihan yang sudah memasuki hari yang ketujuh pada hari ini.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi