FLAG-OFF CEREMONY SUKIPT 2022 BARA SEMANGAT PASUKAN UNISEL

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini melaksanakan satu majlis pelepasan Atlet UNISEL yang bakal berentap di Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) Edisi Ke-5 tahun 2022 yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 12 hingga 21 Ogos 2022.
 
Majlis yang diadakan di Kompleks Sukan UNISEL itu khusus untuk pendedahan perkampungan sukan bagi kontinjen Badminton dan Ragbi bermula hari ini di kampus Bestari Jaya.
 
Menurut Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, jadilah mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang di bilik kuliah bahkan cemerlang dalam dunia sukan.
 
“Semoga maju jaya buat 27 orang Atlet yang menyertai dan syabas kerana mengharumkan nama UNISEL dalam usaha menjadikan mahasiswa agar hidup, terbaik dan semestinya berjaya”, ujar beliau.
 
Di akhir majlis, Prof. Madya Dr. Hamdan mewakili Presiden dan Naib Canselor UNISEL menyerahkan bendera UNISEL kepada Ketua Kontinjen sebagai tanda pelepasan Atlet Sukipt UNISEL 2022.
 
Hadir sama sepanjang majlis adalah Pengurusan Tertinggi UNISEL serta pasukan Badminton dan Ragbi UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
8 Ogos 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi