IJAZAH SECARA ANUMERTA KEPADA ALMARHUM NURSAFIQ HAFIZAN

Share This Post

Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-15 hari ini menyentuh hati para jemputan yang hadir apabila nama Almarhun Nursafiq Hafizan bin Jafri diumumkan bagi menerima Ijazah Secara Anumerta Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan) (Kepujian).
 
Nursafiq Hafizan bin Jafri merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan) (Kepujian), Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran. Almarhum telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Mei 2021 bersamaan 22 Ramadan 1422H berikutan sakit batuk kering.
 
Hadir pada hari ini mewakili Nursafiq Hafizan adalah ibu kandungnya, Puan Jamiah binti Wahab dan adik perempuannya Nur Lily Shafiqah binti Jafri.
 
Ijazah Anumerta merupakan penganugerahan ijazah yang diberikan kepada individu yang telah meninggal dunia. Seluruh warga UNISEL mengucapkan takziah dan semoga roh Almarhun Nursafiq Hafizan bin Jafri ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
5 Februari 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi