INDUSTRI HALAL PEMACU EKONOMI PASCA PANDEMIK

Share This Post

Selangor merupakan antara negeri penyumbang keluaran kasar dalam negara (KDNK) tertinggi di Malaysia. Lebih menarik, sumbangan tertingginya secara keseluruhan adalah menerusi industri Halal. Bersempena dengan Majlis Pelancaran SELHAC 2021, satu Forum Industri Halal Selangor yang bertajuk “Industri Halal Pemacu Ekonomi Pasca Pandemik” telah berlangsung hari ini di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam.
 
Salah seorang daripada dua panel tersebut merupakan pensyarah daripada Universiti Selangor (UNISEL) iaitu Ts. Dr. Mohamad Ropaning Sulong yang juga merupakan Pengarah Institut Halal Antarabangsa (INSHA) UNISEL bersama-sama Ustaz Haji Mohamad Amin Abdullah, Panel Pakar Halal Negara dan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Naib Presiden ABIM.
 
Majlis yang berlangsung selama satu hari itu adalah bagi memperkasakan negeri Selangor sebagai penggerak utama kepada ekonomi Halal di Malaysia. Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi