ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KALI KE-16

Share This Post

Seramai 1319 orang graduan layak menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-16 bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 228 pelajar Tahun Asas, 242 graduan yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, 819 graduan peringkat Ijazah Sarjana Muda, 18 graduan peringkat Ijazah Sarjana, 12 graduan peringkat Kedoktoran. Istiadat penuh warna warni dan gilang gemilang ini berlangsung selama dua hari bermula 3 sehingga 4 Disember 2022.
 
Konvokesyen kali ini dibahagikan kepada tiga sidang bermula dengan sidang pertama pada 3 Disember 2022 (Sabtu) yang akan disempurnakan oleh Y.A.D Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj selaku Canselor UNISEL dan diiringi oleh Pro Canselor UNISEL iaitu Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anuar bin Masduki dan Y.A.D. Tan Sri Dato’ Setia Ismail Bin Adam. Turut hadir pada Istiadat Konvokesyen kali ini ialah Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL serta Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
Istiadat pada kali ini meraikan graduan terbaik mengikut pelbagai kategori bagi tahun 2022. Sebanyak lima orang graduan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan 32 graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program disamping lima anugerah utama yang menjadi daya tarikan utama setiap graduan.
 
Canselor UNISEL mengurniakan Anugerah Khas Perdana Menteri kepada Muhammad Fairuz bin Abd Rauf, Doktor Falsafah Komputeran dan Sangetha A/P Muniandy, Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian). Kedua-dua penerima turut menerima wang tunai RM5,000 beserta plak dan sijil penghargaan.
 
Anugerah Canselor dianugerahi kepada Cindy Chan Sze Yee, Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri (Kepujian) yang menerima wang tunai RM3,000 beserta plak dan sijil penghargaan. Anugerah Pengerusi dianugerahi kepada Devan A/L Chandrasakaran, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian yang menerima wang tunai RM2,000 beserta plak dan sijil penghargaan.
 
Anugerah Naib Canselor pula dianugerahi kepada Nur Anis Masturah Binti Mohamad Fauzai, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) yang membawa pulang wang tunai RM1,500 beserta plak dan sijik penghargaan manakala Anugerah Exco Pendidikan dianugerahi kepada Farah Wahidah Binti Roslan, Diploma Fisioterapi yang membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta plak dan sijil penghargaan.
 
Kesemua penerima anugerah utama setiap kategori adalah bukti keprihatinan universiti dalam menghargai kesungguhan serta kegigihan para graduan selama ini.
 
Dalam pada itu, Pesta Konvo 2022 akan turut berlangsung selama tiga hari bermula 2 sehingga 4 Disember 2022 yang dikendalikan oleh Pejabat Komunikasi Korporat.
Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung antaranya forum, Bazaria@UNISEL, pertandingan memancing, pertandingan karaoke, zumba, Larian Konvo Tasik Lindungan Burung dan persembahan artis.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
3 Disember 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi