ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KALI KE-15 (JUN 2022)

Share This Post

Lebih kurang 2000 orang graduan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-15 Bagi Tahun 2021 (Jun 2022) bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Jumlah tersebut merangkumi graduan yang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Istiadat penuh warna warni dan gilang gemilang tersebut berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 11 dan 12 Jun 2022.
 
Konvokesyen kali ini dibahagikan kepada tiga sidang iaitu Sidang 6 pada 11 Jun 2022 (Sabtu) manakala Sidang 7 dan 8 akan berlangsung pada 12 Jun 2022 (Ahad). Istiadat ini merupakan kesinambungan daripada Istiadat Konvokesyen Kali Ke-15 yang berlangsung pada bulan Februari 2022 lepas.
 
Sidang Keenam ini disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL diiringi Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Tim. Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, Naib Presiden dan Tim. Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti), Puan Hjh. Rokmaa Haji Mat, Pendaftar dan Puan Siti Aisyah Omar, Pemangku Bendahari dan barisan pengurusan tertinggi UNISEL.
 
Dalam pada itu, Pesta Konvo Kali Ke-15 turut berlangsung selama tiga hari bermula 10 sehingga 12 Jun 2022 yang dikendalikan oleh Pejabat Komunikasi Korporat. Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung antaranya forum, Bazaria@UNISEL, Santai@UNISEL, pertandingan memancing, pameran pemasaran dan persembahan artis.
 
Turut berlangsung, Pesta Ria Kolej Kediaman 2022 yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang menyaksikan pelbagai aktiviti menarik dijadualkan berlangsung seperti pertandingan sukan, pameran galeri seni, pertandingan memasak yang melibatkan staf dan pelajar.
 
Dalam pada itu, pihak UNISEL turut menyediakan beberapa khemah di hadapan Dewan Canselor yang mana turut disediakan penstriman langsung kepada ibu bapa dan keluarga graduan bagi mengikuti sesi konvokesyen anak mereka.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
11 Jun 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi