KAMPUS UNISEL DI BESTARI JAYA SELAMAT

Share This Post

Berikut merupakan kenyataan penafian terhadap beberapa hebahan tidak tepat yang tular di media sosial melaporkan kejadian banjir di kampus utama Universiti Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya.

Untuk makluman, hanya jalan utama sebelum pintu masuk ke UNISEL yang dinaiki air, manakala kawasan dalam Kampus berada di dalam keadaan selamat dan tidak terjejas atau ditenggelami air seperti yang dihebahkan.

Buat masa ini operasi berjalan seperti biasa. Manakala urusan kebajikan pelajar diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Bilik gerakan bencana juga telah ditubuhkan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Buat staf yang tidak dapat memasuki kampus disebelah pagi ini sebabkan laluan utama yang dinaiki air diberikan cuti dan keperluan untuk tujuan ini akan dinilai dari masa ke semasa berdasarkan situasi

Kenyataan ini secara tidak Langsung memberi gambaran sebenar keadaan terkini kampus dan mengelakkan timbulnya kegusaran ibu bapa yang amat prihatin dengan keadaan dalam kampus, tempat di mana anak mereka sedang melanjutkan pengajian.

Akhirnya, semoga kita semua terus cekal menghadapi musibah banjir ini dan bersama-sama berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi