KARNIVAL KANAK-KANAK NEGERI SELANGOR MERIAH

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah menganjurkan Karnival Kanak-kanak peringkat Negeri Selangor 2023 yang bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam.
 
Majlis Perasmian Penutup serta Pelancaran Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Negeri Selangor. Beliau menyifatkan karnival ini sebagai platform terbaik dalam menfokuskan keperluan dan kesejahteraan golongan kanak-kanak khususnya di negeri ini.
 
Dalam pada itu, Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor yang julung kalinya diperkenalkan itu akan bertindak sebagai dokumen panduan dalam pembentukan segmen kanak-kanak justeru berpotensi memandu hala tuju segmen tersebut secara bersepadu, melalui perancangan yang jitu dan sasaran yang realistik.
 
Karnival yang dianjurkan selama dua hari bermula pada 27 Mei 2023 sehingga 28 Mei 2023 itu menyaksikan pelbagai program menarik antaranya penampilan ikon Pendidikan Awal Kanak-kanak menerusi segmen informatik menerusi Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob, Senior Research Fellow Pusat Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) UPSI, wakil Al Kauthar Eduqids, Puan Mohana Gill, Award-Winning Cookbook Author, Dr. Jamilah Binti Mustafa, Ahli Majlis Buku dan Kanak-kanak dan Remaja (MBBY), Prof. Madya Dr. Abdul Halim Bin Masnan, Pensyarah Kanan Fakulti Pembangunan Manusia (UPSI), Ustaz Muhammad Haris Bin Mohd Ismail, Pengarah ISLAH Education Sdn Bhd serta Puan Zuraida Binti Shahime, Pakar Terapi Pertuturan.
 
Karnival Kanak-kanak Negeri Selangor 2023 turut menyaksikan pameran daripada agensi kerajaan negeri dan para penaja utama, persembahan muzikal dan tari pentas oleh pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak UNISEL, persembahan tari kreatif oleh Kolej Mutiara Kajang, persembahan kanak-kanak oleh Ar-Raziq Child Care Center, persembahan nasyid oleh pelajar Smart Tahfiz serta pelbagai aktiviti lapangan seperti pertandingan mewarna, Kit Bermain kanak-kanak, pameran Sensory Wall, pameran Poster Pendidikan Khas dan pameran STEM kanak-kanak.
 
Pada tanggal 27 Mei 2023, Pertandingan Pakaian Beragam yang disertai hampir 1,000 kanak-kanak dalam memperagakan busana bebas menerusi minat masing-masing bersempena Karnival Kanak-kanak turut meraih minat para tetamu yang hadir serta bakal menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).
 
Turut hadir semasa majlis perasmian penutup Karnival Kanak-kanak adalah Prof. Madya. Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, Puan Gan Pei Nei, Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
28 Mei 2023

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi