KERJASAMA UNISEL-ISLAH JUNIOR MARTABATKAN BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) melaksanakan satu kerjasama dengan Islah Education Sdn. Bhd menerusi satu Memorandum Persefahanan (MoU) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Bestari Jaya.
 
MoU tersebut ditandatangai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dan disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokmaa Binti Hj. Mat, Pendaftar bagi pihak UNISEL manakala bagi pihak ISLAH pula ditandatangi oleh En. Mohd Fakhruddin Bin Mohd Ariff, Pengarah Urusan Islah Education Sdn. Bhd dengan disaksikan oleh Muhammad Haris Bin Mohd Ismail, Pengarah Islah Education Sdn. Bhd.
 
Kerjasama tersebut meliputi beberapa aspek antaranya platform praktikum pelajar dan menyediakan ruang penyelidikan yang lebih luas. Selain itu, kerjasama ini juga membuka peluang kerjaya, peluang melanjutkan pengajian serta pelbagai aktiviti yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat.
 
“Dengan kerjasama ini, saya yakin ianya dapat memberi banyak manfaat terhadap kedua-dua belah pihak lebih-lebih lagi terhadap pelajar dalam menimba pengalaman dunia kerjaya sebenar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak”, ujar Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
Islah Education Sdn. Bhd. merupakan satu nama baharu dalam bidang pendidikan kanak-kanak yang kini memiliki 5 buah cawangan tadika di sekitar Selangor dan Putrajaya.
 
Menurut Muhammad Haris Bin Mohd Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran PU Riz, beliau menyifatkan kerjasama ini sebagai satu langkah permulaan kepada Islah Junior Islamic Preschool dan UNISEL untuk memperkembangkan lagi bidang pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
 
Tambahan lagi, kerjasama ini juga bakal membuka ruang pekerjaan kepada alumni UNISEL selain kerjasama untuk menubuhkan tadika ISLAH-UNISEL.
 
Turut hadir sepanjang majlis tersebut adalah delegasi daripada ISLAH Sdn. Bhd, barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL serta pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
6 Julai 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi