KESELESAAN IBU BAPA KEUTAMAAN UNIVERSITI

Share This Post

Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-15 yang bermula pada 5 Februari baru-baru ini telah berada di penghujungnya hari ini. Sepanjang lima hari Istiadat bersidang, pelbagai garis panduan telah ditetapkan oleh pihak universiti bagi mencegah penularan Covid-19.
 
Berbeza dengan Istiadat sebelum ini, pada kali ini, UNISEL hanya mengadakan majlis pengurniaan ijazah pada sesi pagi sahaja bagi memberi ruang kerja-kerja sanitasi dijalankan pada waktu petang untuk sesi konvokesyen berikutnya. UNISEL juga menetapkan hanya graduan dibenarkan berada di dalam dewan.
 
Walaubagimanapun, pihak universiti amat prihatin terhadap kebajikan ibu bapa dan keluarga yang hadir sepanjang Istiadat. Oleh yang demikian, beberapa khemah telah disediakan di hadapan Dewan Canselor yang mana turut disediakan penstriman langsung kepada ibu bapa bagi mengikuti sesi konvokesyen anak mereka.
 
Rata-rata ibu bapa yang ditemui pada hari ini amat berpuas hati dengan segala kemudahan yang telah disediakan oleh UNISEL sepanjang lima hari Istiadat bersidang. Menurut Zarina Abd Rahman, ibu kepada salah seorang graduan Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, beliau amat berpuas hati dengan segala kemudahan yang telah disediakan kepada ibu bapa sepanjang Istiadat berlangsung.
 
“Pada awalnya saya hanya bercadang untuk menghantar anak sahaja dan terus pulang ke rumah. Namun begitu, saya terharu kerana UNISEL menyediakan khemah yang dilengkapi kerusi dan ini memberi keselesaan kepada ibu bapa yang hadir termasuklah kami sekeluarga,” ujar beliau.
 
“Gerai-gerai yang terdapat disekitar tapak Pesta Konvo juga menyediakan pilihan makanan beraneka sesuai untuk seisi keluarga. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan hospitaliti dan layanan yang diberikan oleh pihak UNISEL kepada kami,” tambah beliau lagi.
 
Bagi Rozita Samsudin pula, beliau turut berpuas dengan segala kemudahan yang disediakan sepanjang Istiadat ini. Beliau juga akur akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang Istiadat ini.
 
“Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan segala yang tersedia di sini. Diharap untuk Istiadat akan datang, pihak UNISEL boleh memperbesarkan lagi khemah kepada ibu bapa,” ujar beliau.
 
Selain menyantuni ibu bapa, urusetia juga turut menerima pujian daripada pihak peniaga. Menurut salah seorang peniaga, Januar Haji Leman, beliau berkata UNISEL merupakan satu-satunya universiti yang amat menyantuni ibu bapa sepanjang konvokesyen.
 
“Sebelum ini, saya pernah berniaga di tapak konvokesyen universiti-universiti terkemuka Malaysia tetapi UNISEL adalah satu-satunya universiti yang menyediakan kemudahan khemah, pentas dengan sistem pembesar suara yang canggih serta kerusi yang mencukupi kepada ibu bapa yang hadir di majlis konvokesyen anak mereka,”
 
“Saya pernah lihat ahli keluarga terpaksa makan di atas jalan raya dan menunggu anak mereka selesai majlis di tepi longkang. Perkara itu adalah tidak patut dan Alhamdulillah pemandangan sebegitu tiada di UNISEL. Saya kagum dengan pengurusan UNISEL yang amat menitikberatkan keselesaan ibu bapa dan keluarga. Malah kami para peniaga tumpang gembira apabila ibu bapa memberikan maklum balas positif kepada kami,”
 
Sepanjang Istiadat Konvokesyen ini berlangsung, UNISEL menyediakan khemah yang dilengkapi kerusi, sistem audio dan skrin LED bagi tujuan penstriman secara langsung dari Dewan Canselor terus ke tapak Pesta Konvo 2022.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
9 Februari 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi