MAJLIS APRESIASI ZAKAT UNISEL 2020

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima sumbangan zakat daripada Bank Rakyat Cawangan Kuala Selangor. Majlis penyerahan yang berlangsung di Ruang Legar Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya itu dihadiri pengurusan tertinggi UNISEL, pembayar zakat SPG serta wakil daripada Bank Rakyat HQ.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya menyatakan pemberian zakat ini membawa pelbagai manfaat terutama sekali kepada pelajar asnaf UNISEL serta pelajar daripada golongan yang kurang berkemampuan.
 
Tambah beliau lagi, dengan adanya galakkan zakat ini termasuk dikalangan staf, pelbagai program dan aktiviti dapat dilaksanakan terutama dalam mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
 
Majlis diteruskan dengan penyampaian replika cek yang disempurnakan oleh Pn. Rohana Binti Hj. Md Yasin, Timbalan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuala Selangor serta penyampaian cenderahati kepada semua ahli majlis yang terlibat.
Majlis pelancaran program ‘Sahabat Zakat UNISEL’ turut diadakan. Staf boleh berhubung terus kepada unit zakat Pusat Islam UNISEL untuk keterangan lebih lanjut.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi