MAJLIS IKRAR PELAJAR BAHARU SEMESTER NOVEMBER 2022

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Majlis Ikrar Pelajar Baharu bagi kemasukan November 2022 di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya. Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada agenda bagi program Minggu Tekad Siswa yang melibatkan kesemua pelajar baharu bagi program Asas, Diploma dan Sarjana Muda.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau amat mengalu-alukan kedatangan kesemua pelajar baharu ke UNISEL.
 
“Tarikh 23 November 2022 merupakan tarikh yang amat istimewa buat semua pelajar kerana pada tarikh tersebut, anda semua menjejakkan kaki ke UNISEL untuk menuntut ilmu di peringkat tertinggi. Di sini, mahasiswa akan dibimbing, dilatih dan dibentuk untuk menjadi graduan professional yang beretika bagi memikul amanah ibubapa, agama, bangsa dan negara,” ujar beliau.
 
Beliau juga turut menekankan aspek disiplin dan berharap agar kesemua pelajar baharu dapat menjaga tingkah laku sepanjang berada di kampus. Dalam pada itu, beliau turut menyeru kesemua pelajar untuk menerapkan nilai-nilai murni dan jadilah pelajar budiman yang akan membanggakan keluarga selain berjasa kepada masyarakat sepanjang bergelar mahasiswa UNISEL.
 
Turut hadir sepanjang majlis adalah Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti), Siti Aishah Omar, Bendahari dan barisan pengurusan UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
24 November 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi