MAJLIS IRKAR PELAJAR BAHARU NOVEMBER 2021

Share This Post

Minggu Tekad Siswa (MTS) Budiman bagi pelajar baharu kemasukan November 2021 yang bermula pada 17 November 2021 telah melabuhkan tirainya hari ini. Hari terakhir MTS tersebut disusuli dengan Majlis Ikrar Pelajar Baharu yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
 
MTS Budiman yang berlangsung selama empat hari itu merupakan minggu suai kenal antara pelajar-pelajar baharu dan dikelolai sepenuhnya oleh Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti.
 
Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucaptamanya berkata, beliau amat berterima kasih terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang telah memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.
 
“Saya percaya UNISEL menjadi pilihan para pelajar kerana keyakinan terhadap kebolehan UNISEL dapat membentuk kecemerlangan kepada para pelajar. UNISEL juga terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan ini merupakan faktor utama kecenderungan keberjayaan setiap pelajar”, ujar beliau.
 
Tambah beliau lagi, dengan suasana kampus yang hijau serta mempunyai fasiliti yang kondusif ianya mampu memupuk semangat dan kecendurangan kepada pelajar untuk beraktiviti sekali gus melahirkan pelajar yang aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum.
 
Di akhir majlis, para pelajar baharu bersama-sama melafazkan ikrar dengan penuh semangat dengan azam baharu sebagai mahasiswa-mahasiswi Universiti Selangor (UNISEL).
 
Justeru itu, buat bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan November 2021 akan dilanjutkan sehingga 17 Disember 2021.
 
Pelajar yang berminat boleh terus mendaftar di apply.unisel.edu.my. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi universiti di www.unisel.edu.my atau berhubung terus dengan Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400 /014-8172198.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi