MAJLIS PENUTUP PROGRAM STEM AMUSEMENT DAY

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FKSH) bersama Yayasan Selangor (YS) hari ini mengadakan Majlis Penutupan Program STEM Amusement Day bertempat di Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Program kolaberasi antara UNISEL dan YS yang dijalankan sepanjang tiga hari itu merupakan salah satu fasa lonjakan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
 
Seramai 135 orang pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 di bawah Yayasan Selangor berkampung di Kolej Kediaman, UNISEL Kampus Bestari Jaya bagi mengikuti program yang dilaksanakan bermula 1 Julai 2022 hingga 3 Julai 2022.
 
Pelbagai aktiviti menarik melibatkan kurikulum dan kokurikulum sepanjang tiga hari penglibatan mereka di sini. Program yang telah diadakan itu bertujuaan menarik minat di kalangan pelajar terhadap STEM.
 
Terdapat enam modul STEM di bawah modul Jabatan Kejuruteraan dan modul Jabatan Sains & Bioteknologi yang diterapkan kepada para pelajar iaitu (Terokai Dunia Elektrik..Let’s Go! , Structure & Civil Work Measurement – Where to Build? , Paper Plane – Mechanical Concept , Piramid Sierpinski , Drone at Home dan Microbes Art).
 
UNISEL amat mendukung STEM dalam memastikan pelajar untuk terus berinovasi dalam era teknologi kini. Program ini juga disifatkan sebagai langkah persediaan yang rapi buat pelajar bagi melangkah ke alam universiti.
 
Majlis penutupan program STEM Amusement Day ini disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Dzulkarnain Bin Ahmad, Dekan Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat. Turut hadir, Pn. Zahura Bt. Zakry, Pengurus Kanan Pendidikan Yayasan Selangor, Pn. Hjh. Norazah Bt. Asari, Pengurus Asrama YS, Guru-guru Pengiring YS serta barisan Pensyarah FKSH.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
3 Julai 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi