MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH SIJIL DEKAN TINGKAT SEMANGAT KECEMERLANGAN PELAJAR

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerusi Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) menganjurkan majlis Penyampaian Anugerah Sijil Dekan bagi tahun 2022 dengan jayanya di Dewan Pro-Canselor, UNISEL Shah Alam.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucaptamanya berkata, sesungguhnya kejayaan yang anda kecapi hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai usaha dan pengorbanan harus dilakukan bagi memperoleh kejayaan.
 
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil anugerah dekan FBA. Namun, jadikan anugerah yang digarap pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya kerana pelbagai lagi cabaran khususnya dalam bidang akademik yang harus ditempohi”, ujar beliau.
 
Seramai 84 orang pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan menerima Sijil Anugerah Dekan tersebut disaksikan juga oleh para ibu bapa. Dalam majlis yang sama, pameran dan jualan keusahawanan turut diadakan di mana warga UNISEL Shah Alam khususnya dapat menikmati aktiviti yang telah disediakan.
 
Majlis turut dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negwri (ADUN) Kota Anggerik. Beliau menyifatkan majlis tersebut selari dengan matlamat untuk memberi dorongan para pelajar agar terus mencapai kecemerlangan.
 
“Syabas dan tahniah buat kesemua pewaris negara, diharapkan agar kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja bahkan mampu memberi manfaat kepada insan yang lain”, ujar beliau.
 
Di akhir program YB Tuan Mohd Najwan Halimi serta Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman menyampaikan Sijil Anugerah Dekan kepada pelajar serta turut berkunjung ke pameran dan jualan yang ada di sekitar kampus.
 
Turut hadir, barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL, para Ibu Bapa serta barisan Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
5 Julai 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi