MAT KILAU : MITOSKAH ATAU REALITI SEJARAH?

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) menganjurkan satu program iaitu Syarahan Darul Ehsan yang bertajuk Mat Kilau: Mitoskah atau Realiti Sejarah?. Program syarahan tersebut berlangsung di LT2, UNISEL Kampus Shah Alam dengan kehadiran lebih 200 peserta dari sekitar Selangor.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL yang ditemui semasa syarahan berkata, selepas filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof menjadi fenomena di Malaysia, UNISEL dan IDE terpanggil untuk mengadakan syarahan bersifat akademik ini.
 
“Dengan menampilkan tokoh sejarawan, Profesor Emeritus Datuk Abdullah Zakaria daripada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, ia diharapkan dapat memberi dimensi dan pemahaman baharu kepada semua. Tambahan lagi, syarahan ini juga sedikit sebanyak merungkai polemik berkaitan Mat Kilau,” ujarnya.
 
Profesor Emeritus Datuk Abdullah Zakaria dalam syarahannya menegaskan bahawa Mat Kilau adalah tokoh realiti dan bukanlah mitos semata-mata. Mat Kilau merupakan salah seorang pejuang Tanah Melayu selain Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Kebangkitan Mat Kilau juga sebenarnya berkait rapat campur tangan pihak British di Pahang.
 
Turut hadir, Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Dr. Mohd Nawawi, Pengarah Pusat Kecemerlangan UNISEL, kakitangan akademik dan pentadbiran UNISEL.
 
Syarahan Darul Ehsan “Mat Kilau: Mitoskah atau Realiti Sejarah?” boleh ditonton di YouTube rasmi IDE – https://m.youtube.com/watch?v=Yoo7u6x3VdM
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
17 Ogos 2022
 

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi