MB SELANGOR BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA UNISEL

Share This Post

Seramai 2,000 warga Universiti Selangor (UNISEL) terdiri daripda kakitangan dan pelajar dirai dalam Majlis Iftar Perdana Bersama YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor di Dataran Konvo, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berkata, majlis berbuka puasa tahun ini agak istimewa selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan akibat daripada penularan wabak Covid-19.
 
Di majlis yang sama, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor menerusi ucapan beliau kepada seluruh warga universiti telah mengumumkan jaminan Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri kepada seluruh warga UNISEL.
 
Dato’ Menteri Besar Selangor dalam pada itu, selepas solat Maghrib di Masjid Universiti telah menyerahkan Sumbangan Duit Raya kepada 100 orang Asnaf UNISEL. Beliau kemudiannya menunaikan solat tarawih di Masjid UNISEL bersama warga universiti.
 
Turut hadir YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, YB Puan Rozana Zainal Abidin, ADUN Pematang serta YB Puan Juwairiyah Zulkifli, ADUN Bukit Melawati.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
12 April 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi