MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DENGAN AGIHAN BUBUR LAMBUK

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) mengadakan Program Gotong-Royong dan Agihan Bubur Lambuk sepanjang Bulan Ramadhan sempena menghayati kemuliaan Bulan Ramadhan sesama warga UNISEL.
 
Program yang telah mula berlangsung semalam dan berakhir pada 7 Mei 2021 menggabungkan seluruh warga kerja UNISEL bergotong-royong secara berjadual bagi menyiapkan bekalan bubur lambuk di Pusat Islam UNISEL Bestari Jaya untuk diedarkan kepada seluruh warga UNISEL dan komuniti setempat.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL turut berkesempatan mengagihkan sendiri bubur lambuk kepada warga kerja UNISEL usai waktu pekerjaan. Beliau menyifatkan program ini bukan sahaja dapat mengimarahkan bulan Ramadhan, malah menjadi satu wadah dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.
 
Warga UNISEL boleh rujuk jadual penyediaan bubur lambuk yang telah dihebahkan serta terima kasih diucapkan kepada kumpulan pertama iaitu MAWAR UNISEL, Pusat Islam dan Smart Tahfiz UNISEL atas penyediaan 800 bekas kepada kedua-dua buah kampus.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi