MISI BANTUAN PASCA BANJIR OLEH FBA

Share This Post

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) hari ini telah menjalani Misi Bantuan Pasca Banjir diketuai oleh En Zainal Azhar Zainal Azim, Timbalan Dekan FBA di Padang Jawa yang melibatkan seorang pelajarnya, Aiswariya Laksmi A/P Kalaichelvan yang terjejas akibat banjir.
 
Aiswariya Laksmi, pelajar semester akhir Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan bersama keluarganya terpaksa berpindah keluar demi keselamatan keluarganya setelah paras air mencapai paras dada.
 
Walaupun sebak melihat banyak kerosakan dan kemusnahan harta bendanya, beliau amat bersyukur kerana kesemua ahli keluarganya selamat.
 
Dalam pada itu beliau juga mengucapkan mengucapkan jutaan terima kasih kepada UNISEL terutama sekali sukarelawan FBA terdiri daripada kakitangan dan pelajar yang hadir pada hari ini bagi menggerakkan misi pembersihan di rumahnya.
 
Hasril Abu Hassan
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi