MOU BUKA RUANG PELAJAR UNISEL TERIMA BIASISWA DAN JALANI LATIHAN INDUSTRI DI SRI KOTA SPECIALIST MEDICAL CENTRE

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menandatangani memorandum perjanjian dengan Sri Kota Specialist Medical Centre (SRI KOTA) untuk membuka peluang pelajar Fakulti Sains Kesihatan UNISEL menjalani latihan industri di hospital tersebut selain tajaan biasiswa khasnya program Kejururawatan di UNISEL.
 
Majlis MOA tersebut berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya menyaksikan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor menandatangani perjanjian bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Pn. Hjh Rokmaa Hj Mat, Pendaftar manakala bagi pihak SRI KOTA pula ditandatangani oleh Pn. Tan Suet Guan, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Kota Specialist Medical Centre disaksikan oleh Pn. Yvonne Lim See Khim, Ketua Jabatan Sumber Manusia Sri Kota Special Medical Centre.
 
Menurut Predisen dan Naib Canselor, kerjasama ini merupakan inisiatif baharu daripada UNISEL untuk memperkasa dan menggalakkan pelajar terutamanya golongan B40 dan M40 melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Kesihatan di sini. Selain itu, kerjasama ini juga membuka peluang pelajar diploma Kejururawatan UNISEL menjalani latihan klinikal di SRI KOTA. Tambahan lagi, melalui perjanjian ini juga, SRI KOTA akan didaftarkan dengan Lembaga Kejururawatan Malaysia sebagai salah satu fasiliti bagi tujuan tersebut.
 
“Pihak UNISEL ingin merakam setinggi-tinggi perhargaan buat SRI KOTA kerana telah menaja pelajar Diploma Kejururawatan UNISEL sejak semester November 2021. Melalui biasiswa penuh ini, pelajar Diploma Kejururawatan UNISEL mendapat jaminan pekerjaan setelah menamatkan pengajian selain yuran pengajian ditanggung secara menyeluruh disamping mendapat elaun sara hidup RM550.00 sebulan. Pelajar juga turut menerima elaun buku tahunan dan elaun tahunan perjalanan bagi aktiviti pelajar sepanjang pengajian,” tambah beliau.
 
Lebih menarik, pelajar di bawah biasiswa ini juga bakal menerima uniform sebanyak dua pasang sepanjang pengajian, asrama percuma sepanjang pegajian dan peralatan Kejururawatan percuma.
“Dengan adanya kepakaran, kelengkapan dan teknologi perubatan yang terkini di Sri Kota Specialist Medical Centre, saya yakin kerjasama UNISEL-SRI KOTA akan dapat meningkatkan lagi kualiti graduan Diploma Kejururawatan UNISEL serta membuka ruang yang lebih luas kepada calon-calon lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejururawatan di UNISEL,” ujar beliau.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
8 Julai 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi