MOU UNISEL – KERAJAAN NEGERI KELANTAN BUKA RUANG KERJASAMA SEKTOR PENDIDIKAN

Share This Post

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Selangor (UNISEL) dengan Kerajaan Negeri Kelantan berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya pagi ini.

Acara menandatangani MoU tersebut disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor disaksikan oleh Pn Hjh Rokma Hj Mat, Pendaftar bagi pihak UNISEL manakala bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan pula ditandatangani oleh YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan disaksikan oleh YB. Tuan Haji Azhar Bin Salleh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi.

Perjanjian persefahaman itu meliputi aspek penting jalinan kerjasama dalam sektor pendidikan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya terhadap Penawaran Program Pengajian Percuma UNISEL melalui skim Dermasiswa Program Asas UNISEL kepada pelajar-pelajar dari sekolah mahupun Kolej di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Tambahan lagi, kerjasama ini juga termasuk program kemahiran dan latihan praktikal bagi persediaan ke manara gading dan secara khusus di UNISEL bagi sekolah mahupun Kolej di bawah kelolaan YIK.

Selain itu, perjanjian persefahaman ini juga bagi tujuan kerjasama program Kesukarelawan UNISEL dan pertukaran pelajar anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UNISEL kepada sekolah mahupun Kolej di bawah kelolaan YIK.

Selesai Majlis, Delegasi daripada Kerajaan Negeri Kelantan dibawa melawat sekitar UNISEL kampus Bestari Jaya seperti Art Gallery Canseleri, Art Gallery Seni Visual, Masjid dan Kolej Kediaman serta Kompleks Sukan.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi