MOU UNISEL-SELATI BANGUNKAN PUSAT KECEMERLANGAN DRON SELANGOR

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) memeterai satu perjanjian persefahaman dengan Selangor Aviation Technology & Innovation Sdn Bhd (SELATI) hari ini bertujuan untuk membangunkan Pusat Kemerlangan Dron Selangor.
 
Majlis Pertukaran Memorandum tersebut berlangsung di Skypark Regional Aviation Centre Subang sempena Majlis Perasmian Selangor Aviation Show 2021 menyaksikan penyerahan dokumen oleh Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor kepada Dr Mohd Zulkufli Zakaria, Pengarah Urusan SELATI.
 
Majlis disaksikan oleh Datuk Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim, Setiausaha Kerajaan Selangor dan Datuk Hasan Azhari Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad.
 
Terdahulu, UNISEL menerima lawatan daripada SELATI, Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO), Malaysian Autonomous Intelligence & Robotics (MyAIRA), Aerodyne, dan Pen Aviation pada 29 Oktober lepas bagi membincangkan rancangan penubuhan Pusat Kecemerlangan Dron Selangor di sini.
 
UNISEL mempunyai prasarana dan persekitaran yang stratergik untuk menjadi platform memacu industri Drone. Kerjasama ini dijangka mampu meningkatkan lagi hubungan kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui SELATI, S-DAICO. Dalam pada masa yang sama, ini juga menjadi pemacu bagi perkembangan teknologi dron dalam kalangan komuniti khususnya pada masa hadapan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi