MUFTI SELANGOR SAMPAIKAN TAZKIRAH “INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH DALAM BERDAKWAH”

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Pengajian Asasi dan Umum (PADU) menganjurkan Program Tazkirah & Semarak Cinta Rasul bersempena bulan Sambutan Maulidur Rasul 2022.
 
Tazkirah yang bertajuk “Indahnya Akhlak Rasulullah Dalam Berdakwah” tersebut disampaikan oleh Dato’ Haji Anhar Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti Selangor.
 
Program tersebut dihadiri sekitar 200 peserta yang rata-ratanya merupakan kakitangan akademik dan pentadbiran kampus Shah Alam. Ianya berlangsung di LT 2 UNISEL Kampus Shah Alam.
 
Turut hadir sepanjang program adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Maegala Nallapan Maniyam, Dekan PADU, dan Khairul Firdaus Ne’matullah, Timbalan Dekan PADU.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
27 Oktober 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi