PAMERAN ENDEMIK 2022 PAMER HASIL KARYA NORMA BAHARU

Share This Post

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) mengadakan Pameran Seni Visual bertemakan ‘Endemik 2022’ bermula 3 Ogos hingga 24 Ogos 2022.
 
Pameran yang berlangsung di Galeri Shah Alam itu merupakan pameran seni visual daripada 19 pengkarya terdiri daripada Pensyarah Jabatan Seni Visual, FCVAC. Sebabyak 41 karya daripada 21 perupa yang terdiri daripada catan, fotografi, lukisan digital, media baru dan arca.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, selaras dengan perubahan norma baharu, pameran ini merupakan platform terbaik dalam mempamerkan hasil karya seni yang menjurus kepada perasaan tentang pengalaman berhadapan dengan wabak Covid-19.
 
“Saya yakin pameran ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peminat seni tanah air, bahkan kepada masyarakat. Malah, karya seni yang dipamerkan juga menerapkan elemen keceriaan dan kebebasan sesuai dengan bulan kemerdekaan”, ujar beliau.
 
YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang hadir selaku perasmi program berkata Pameran Endemik 2022 bukan hanya tertumpu kepada pameran fizikal sahaja malah juga secara maya. Selain itu, pelbagai pengisian lain turut berlangsung antaranya bengkel seni, forum bicara dan sebagainya.
 
Turut berlangsung di akhir majlis adalah lawatan penghayatan terhadap keseluruhan hasil karya seni diketuai oleh Zaim Darulaman, Pengarah Projek ENDEMIK 2022.
 
Hadir sepanjang majlis adalah Prof. Raja Dato’ Zahabuddin Raja’ Yaacob, Ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor, Alina Abdullah, Pengarah Galeri Shah Alam, Barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL serta para Pensyarah FCVAC UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
9 Ogos 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi