PAMERAN PERPUSTAKAAN BESTARI JAYA SEPANJANG ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KE-15

Share This Post

Satu Majlis Perasmian Pameran Perpustakaan bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-15 hari ini telah berlangsung dan disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor.
 
Pameran Perpustakaan tersebut merupakan pameran berskala besar yang mana akan mula dibuka kepada pengunjung yang hadir sepanjang Istiadat Konvokesyen Kali Ke-15 bermula 10 hingga 12 Jun 2022.
 
Pada pameran kali ini, pihak Perpustakaan UNISEL telah mempelbagaikan lagi bahan-bahan pameran untuk tatapan para pengunjung antaranya koleksi Buletin UNISEL, Buku Transformasi, gambar-gambar Naib Canselor, koleksi album, koleksi buku Istiadat Konvokesyen, koleksi strategic trust serta koleksi jubah.
 
“Objektif pameran in diadakan untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan Universiti Selangor serta transformasi yang telah berlaku dari tahun 2016 hingga kini kepada graduan, staf, pelajar dan orang awam yang akan hadir sebelum dan semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor berlangsung,” ujar Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
Di majlis yang sama, turut berlangsung Majlis Penyerahan peralatan IT kepada Pusat Teknologi Informasi & Komunikasi (CICT), Pusat Pembelajaran Digital & Multimedia (PPDM) dan Pejabat Komunikasi Korporat.
 
Hadir memeriahkan majlis adalah Prof Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri UNISEL, Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti serta pengurusan tertinggi UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
8 Jun 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi