PASCA BANJIR UNISEL – DENGKIL

Share This Post

Pasukan Sukarelawan UNISEL meneruskan misi pasca banjir di Dengkil. Antara kawasan terlibat, sekitar Sekolah Rendah Agama Labohan Dagang, Sekolah Rendah Labohan Dagang dan SK RTB Bukit Changgang.
 
Seramai 85 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar UNISEL dan badan NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Global Peace Mission Malaysia (GPM) bergabung dalam misi ini.
 
Hadir melepaskan sukarelawan di sebelah pagi tadi adalah En. Amidi Abdul Manan, Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP). Terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga dibalas kebaikan dan dipermudahkan urusan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi