PENERIMA ANUGERAH EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Share This Post

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Sdr. Muhammad Zaim Bin Yazid dan Sdri. Nur Farisha Eisya Binti Mat Rosli atas penerimaan Cek bernilai RM 2000 setiap seorang bagi Penerima Anugerah Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor.
 
Sdr. Zaim yang merupakan graduan Diploma Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan dan juga finalis rancangan realiti tv Hero Remaja 2021 manakala Sdri. Farisha merupakan graduan Dipoma Pengurusan Pendtadbiran, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan telah mengharumkan nama UNISEL atas kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
 
Cek bagi anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta barisan pengurusan tertinggi UNISEL.
 
Syabas atas kejayaan yang dikecapi, semoga ia menjadi pemangkin untuk terus berjaya kelak.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
21 Mac 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi