PERTEMUAN PELAJAR SABAH BERSAMA PRESIDEN & NAIB CANSELOR UNISEL

Share This Post

Usai lawatan kerja ke negeri Sabah yang diadakan oleh barisan pengurusan UNISEL baru-baru ini, satu sesi perjumpaan bersama pelajar Sabah telah diadakan di Auditorium Zaaba FESS, petang tadi.
 
Pertemuan yang julung kalinya diadakan terhadap barisan pengurusan UNISEL dan para pelajar itu merupakan satu penghayatan penuh bagi menyalurkan pelbagai maklumat serta berkongsi pandangan.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Usaha yang dilaksanakan ini adalah menekankan peluang buat bakal pelajar khususnya dari negeri Sabah bagi menikmati kehidupan kampus berfasiliti lengkap persis universiti awam di sini.
 
Beliau turut menyifatkan para pelajar Sabah di UNISEL merupakan ikon yang mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi menyampaikan segala maklumat menerusi pengajian mahupun kehidupan kampus yang mampu memberi manfaat buat individu lain.
 
Dikesempatan yang sama, Pengarah Pejabat Pemasaran dan Kemasukan turut menerangkan skim ‘Student Get Student’ yang mampu menjadi tarikan buat pelajar serta penyampaian maklumat berkenaan Skim Bantuan Sara Hidup (SELFA) oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) yang mampu mengurangkan bebanan kewangan pelajar sepanjang mengikuti pengajian di FSK.
 
Turut hadir sepanjang majlis adalah barisan pengurusan tertinggi UNISEL, Dekan Fakulti serta Pengarah Jabatan UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
28 Disember 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi