PESTA KONVO UNISEL KE-15 BUKA TIRAI HARI INI

Share This Post

Pesta Konvo Universiti Selangor (UNISEL) sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-15 membuka tirainya hari ini menyaksikan pelbagai aktiviti menarik berlangsung pada hari pertama program antaranya Pertandingan Bintang Nasyid, Santai@UNISEL dan UNISEL Kembara Dakwah.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor berkata, Istiadat Konvokesyen pada kali ini berfokuskan kepada aspek berkaitan pemasaran.
 
“Pandemik yang berlaku dua tahun lalu memberi kesan kepada semua industri termasuklah pendidikan. Dengan adanya pameran pemasaran sepanjang Istiadat dan Pesta Konvo ini dapat menyebarluaskan lagi informasi terkini berkenaan UNISEL,” ujar beliau.
 
Beliau yang ditemui semasa Majlis Perasmian Pesta Konvo Ke-15 itu berkata, UNISEL juga bakal menawarkan yuran pendaftaran percuma kepada pengunjung yang hadir sepanjang Istiadat dan Pesta Konvo kali ini.
 
Turut hadir semasa majlis perasmian Pesta Konvo adalah Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Tim. Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, Naib Presiden dan Tim. Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti), Puan Hjh. Rokmaa Haji Mat, Pendaftar dan Puan Siti Aisyah Omar, Pemangku Bendahari.
 
Selain itu, Pesta Ria Kolej Kediaman 2022 turut berlangsung yang menyaksikan pelbagai aktiviti menarik dijadualkan berlangsung seperti pertandingan bola tampar, badminton, futsal dan bola jaring yang melibatkan staf dan pelajar.
 
Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-15 ini merupakan kesinambungan daripada Istiadat Konvokesyen yang berlangsung pada bulan Februari 2022 yang lepas. Dianggarkan lebih kurang 2000 graduan diploma dan ijazah sarjana muda bakal bergraduat pada istiadat kali ini akan berlangsung pada 11 dan 12 Jun 2022.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
10 Jun 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi