PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR RASMI PESTA RIA KOLEJ KEDIAMAN 2022

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL hari ini merasmikan Pesta Ria Kolej Kediaman 2022 bersempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-15 yang berlangsung di Dewan Naib Canselor, UNISEL Bestari Jaya.
 
Beliau dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga kepada kesemua mahasiswa yang terlibat dan bertungkus-lumus dalam menjayakan pelbagai aktiviti di dalam Pesta Ria yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga 12 Jun 2022.
 
Di kesempatan itu juga, beliau turut memberi penekanan agar semangat kekitaan yang diterapkan selain membentuk sahsiah mahasiswa yang budiman dan cemerlang dalam kehidupan.
Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian daripada mahasiswa UNISEL seterusnya gimik perasmian yang disempurnakan oleh Naib Canselor diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi UNISEL.
 
Dalam pada itu, Pesta Konvo 2022 pula bakal berlangsung selama tiga hari bermula 10 Jun hingga 12 Jun 2022 yang bakal menyajikan pelbagai program menarik disamping penampilan beberapa selebriti terkenal tanah air.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
8 Jun 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi