PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR RASMI RUANG REHAT PELAJAR FCVAC

Share This Post

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL hari ini merasmikan Ruang Rehat Pelajar yang berlangsung di Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC).
 
Beliau dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga kepada seluruh warga kerja FCVAC yang terlibat dalam menggubah ruang ini untuk dimanfaatkan kepada warga UNISEL khususnya para pelajar bagi melaksanakan aktiviti luar kuliah.
 
Di kesempatan itu juga, beliau turut memberi penekanan agar semangat kebersamaan dan nilai tanggungjawab yang diterapkan ini menjadi pengukur dalam melaksanakan lebih banyak aktiviti sebegini.
 
Majlis turut diserikan dengan simbolik tandatangan perasmian Presiden dan Naib Canselor dengan diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
22 Ogos 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi