PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR SANTUNI IBU BAPA GRADUAN

Share This Post

Satu detik bersejarah tercipta di Universiti Selangor (UNISEL) hari ini apabila Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor turun padang ke khemah Pesta Konvo 2022 bagi menyantuni ibu bapa graduan yang hadir pada sidang terakhir Istiadat Konvokesyen Kali Ke-15 Bagi Tahun 2021.
 
Beliau dalam ucapannya merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi kepercayaan penuh kepada pihak universiti untuk membentuk anak-anak mereka menjadi graduan kelas pertama.
 
“Di fasa pandemik ini, kita terpaksa mengetatkan SOP dan hanya membenarkan graduan berada di dalam dewan. Namun begitu, untuk pengetahuan semua, UNISEL merupakan satu-satunya universiti yang menyediakan ‘marquee tent’ yang dilengkapi sistem audio bertaraf konsert dan skrin LED kepada ibu bapa bagi melihat penstriman secara langsung dari Dewan Canselor,”
 
“Walaubagaimanapun, saya amat terharu dengan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan oleh para ibu bapa pada Istiadat kali ini. Ucapan tahniah juga kepada para graduan yang telah menamatkan pengajian pada Konvokesyen kali ini,”
 
Turut sama semasa majlis istimewa tersebut adalah barisan pengurusan tinggi UNISEL iaitu Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor, Hajjah Rokmaa bin Haji Mat, Pendaftar dan Puan Aisyah Omar, Pemangku Bendahari.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
9 Februari 2022

More News

Latest News

IFTAR PERDANA RAI KAKITANGAN DAN KELUARGA BESAR UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut

Latest News

UNISEL PRIHATIN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) telah menyerahkan kerusi bermeja lipat kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah menerusi